TENTANG KAMI

Sajian Dhiyaafah Sdn Bhd dibuka atas sebab utama iaitu membekalkan makanan yang lazat, sihat dan bersih kepada pelanggan pada kadar harga yang berpatutan. Dengan dapur yang berkonsepkan 'Central Kitchen', kebanyakkan makanan dimasak menggunakan teknologi Kombi Oven dan kaedah Blast Chill.

Premis kami terletak di No 26G - 26I dan 22A Point Pusat Perniagaan Putra, Jalan Putra Mahkota 7/8D, Putra Heights.


Sajian Dhiyaafah Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan (No.Pen: K2210345271946533) yang kukuh dan berkeupayaan sebagai pembekal katering. Sajian Dhiyaafah Sdn Bhd juga tidak pernah terlibat dalam kes makamah yang melibatkan tindakan perundangan dari pelanggan atau pembekal.


Walaupun Sajian Dhiyaafah merupakan syarikat yang baru ditubuhkan, tetapi ia diuruskan oleh kakitangan yang berpengalaman luas didalam bidang ini.

Chef kami yang berpengalaman sentiasa bersedia untuk menyediakan makanan yang terbaik bagi memenuhi keperluan pelanggan. Kebersihan operasi menjadi matlamat utama kami untuk menyediakan persekitaran yang bersih dan menarik bagi menjamin mutu makanan dan kesihatan kakitangan.
 
Dengan moto "We Cook With Technology", Sajian Dhiyaafah Sdn Bhd sudah tentu akan menjadi pemain utama dalam bidang katering. "We believe the key to our success is to never settle for mediocrity."

Para pelanggan boleh memilih contoh menu kami atau menyesuaikan citarasa sendiri dari pelbagai menu yang ada (tailor made menu). Kami sentiasa bersedia untuk melakukan percubaan menu dan memastikan pakej dalam lingkungan bajet pelanggan.


OBJEKTIF SYARIKAT:-
Berdasarkan spesifikasi yang ditetapkan, Saian Dhiyaafah Sdn Bhd akan memastikan perkhidmatan yang disediakan adalah selaras dengan permintaan untuk memastikan kelancaran operasi harian;

Hanya menyediakan makanan HALAL pada setiap masa.
Memberi makanan berkhasiat untuk pelanggan mengikut jenis dan masa yang   dinyatakan.
• Menyediakan perkhidmatan makanan kepada pelanggan pada harga yang berpatutan dengan kualiti yang baik dan pemilihan makanan yang berkhasiat.
Makanan akan disediakan selaras dengan perubahan dalam masa dan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.
Menu yang disediakan adalah seimbang, berkhasiat dan sihat pilihan yang berdasarkan spesifikasi yang ditetapkan,
Tahap kebersihan yang mematuhi
Hazard Analysis Control Point (HACCP) pada setiap masa.